PETALING JAYA: Siasatan polis ke atas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan suaminya tidak menemui bukti pasangan itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemeriksaan polis mendapati tiada pelaburan dibuat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di luar negara yang mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut. Menurut beliau, ini hasil daripada analisis beberapa akaun bank dimiliki individu yang disiasat mendapati wang dalam akaun bank merupakan wang simpanan. “Sebelum ini kita mengesahkan keberadaan ahli politik bersama suaminya serta tiga lagi individu ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya