BANGKOK: Thailand menangguhkan kenaikan gaji minimum kepada 400 baht (RM51) sehari, yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Oktober ini. Setiausaha Tetap Kementerian Buruh, Pairoj Chotikasathien berkata, penangguhan itu diputuskan berikutan kekurangan kuorum pada mesyuarat jawatankuasa berkaitan. Beliau berkata, jawatankuasa yang terdiri daripada wakil majikan, pekerja dan kerajaan, gagal mencapai kuorum pada dua mesyuarat sebelum ini untuk membincangkan kenaikan yang dirancang. “Kami akan bergerak secepat mungkin,” katanya sambil menambah bahawa gaji…










