CAMERON HIGHLANDS: Rumah dan guni baja plastik yang digunakan bagi aktiviti pertanian di sini menjadi ancaman serius terhadap tanah tinggi ini yang boleh menjadi punca berlaku bencana alam terutama banjir. Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), A. Dilip Martin berkata, ini kerana sisa plastik tersebut dibuang ke dalam sungai yang bukan sahaja menjejaskan hidupan akuatik tetapi turut menyebabkan saliran air tersumbat. Menurutnya, kejadian banjir sering berlaku di sini dikaitkan dengan saliran air yang tersumbat disebabkan sisa buangan terutama plastik. “Cameron Highlands memang berdepan ancaman pembuangan sisa plastik dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya