Singapura kutip RM267.60 bilion cukai

Singapura kutip RM267.60 bilion cukai

KADAR tunggakan GST, cukai pendapatan dan cukai harta tetap rendak pada 0.64 peratus.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura mengumpulkan hasil cukai sebanyak S$80.3 bilion (RM267.60 bilion) untuk tahun kewangan 2023/2024, meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS) semalam, peningkatan itu mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan pertumbuhan gaji nominal di Singapura pada tahun 2022.

Jelas agensi itu seperti dipetik Channel News Asia, jumlah kutipan hasil terbabit mewakili kira-kira 77.6 peratus daripada hasil operasi kerajaan dan 11.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura.

“Cukai yang diperoleh digunakan untuk membiayai perkhidmatan penting untuk komuniti, memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan persekitaran hidup serta menyokong program pembangunan sosial untuk memperbaiki kehidupan rakyat Singapura,” jelas IRAS.

Kadar tunggakan untuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), cukai pendapatan dan cukai harta tetap rendah pada 0.64 peratus.

IRAS menyatakan, walaupun pematuhan cukai kekal tinggi, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan pembayar cukai yang enggan menjelaskan bayaran.

IRAS telah mengaudit dan menyiasat 9,590 kes pada tahun kewangan yang lalu, memperoleh kira-kira S$857 juta (RM2.85 bilion) dalam bentuk cukai dan denda.

Cukai pendapatan korporat membentuk bahagian terbesar dalam kutipan hasil cukai pada kadar 36.1 peratus, meningkat sebanyak 25.6 peratus kepada S$29 bilion (RM96.63 bilion) dalam Tahun Kewangan 2023/24, didorong oleh keuntungan korporat yang kukuh.

Cukai pendapatan individu pula meningkat sebanyak S$2 bilion (RM6.67 bilion) kepada S$17.5 bilion (RM58.31 bilion) dalam tahun kewangan yang lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×