SEOUL: Korea Selatan hari ini mengetuai satu sidang kemuncak antarabangsa untuk menetapkan pelan tindakan bagi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam industri ketenteraan, ketika negara-negara yang berdepan konflik kini beralih kepada teknologi berkenaan. Portal berita The Business Standard melaporkan, lebih 90 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China menghantar wakil ke sidang kemuncak dua hari di Seoul itu yang merupakan perhimpunan kedua seumpamanya. Sidang kemuncak pertama diadakan di Amsterdam tahun lalu,…