KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan menuntut permohonan maaf daripada empat individu yang melayangkan komen berbaur lucah mengenai anaknya, Aaisyah Dhia Rana di media sosial. Jelas Rozita yang lebih dikenali sebagai Che Ta, dia tidak akan melepaskan individu-individu terbabit dan bakal mengheret mereka ke muka pengadilan. “Bayangkan, betapa terlukanya hati anak saya apabila terbaca tulisan dan komen melampau serta biadab. Jenaka seksual terhadap kanak-kanak bukan mainan. “Bila tengok komen-komen keji…










