BATANG KALI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama menyeluruh daripada semua pihak bagi memastikan usaha kerajaan menamatkan isu keciciran pembelajaran dalam kalangan murid sekolah di negara ini tercapai. Perdana Menteri berkata, anak-anak yang tidak berkemampuan dan dibiarkan tercicir mesti diberi segala bantuan bagi meningkatkan keupayaan mereka terutama dalam memberi ruang dan peluang kedua dalam pendidikan. Sehubungan itu, beliau mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta kepada Program Anak Kita di bawah…










