KLUANG: Walaupun belum bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, kebanyakan kedai makan di bandar ini sudah ‘diserbu’ orang ramai sehingga menyebabkan pengusaha tidak menang tangan. Jika sebelum ini kedai-kedai makan hanya dipenuhi pelanggan ketika hujung minggu atau cuti umum, namun sejak awal bulan ini ada pengusaha terpaksa menambah jumlah menu dan kuantiti makanan. Salah satu kedai makan yang menjadi tumpuan orang ramai adalah Restoran Bawah Kolong…