PRK Mahkota: 1,074 pegawai, anggota polis bertugas pada hari penamaan calon

PRK Mahkota: 1,074 pegawai, anggota polis bertugas pada hari penamaan calon

DEWAN Tunku Ibrahim Ismail, Kluang akan dijadikan sebagai pusat penamaan calon PRK DUN Mahkota, Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 1,074 pegawai dan anggota polis akan bertugas bagi memastikan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Sabtu ini berjalan lancar.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, pegawai dan anggota terlibat akan memastikan keselamatan dan pergerakan lalu-lintas di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang yang dijadikan sebagai pusat penamaan calon.

“Pasukan ini akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memantau situasi dan mengelakkan sebarang insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Sehubungan itu, polis Johor menasihatkan calon dan penyokong parti terlibat untuk mematuhi undang-undang dan peraturan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kumar berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati melakukan perbuatan menyalahi undang-undang negara.

“Orang ramai diminta bersikap matang, hormat menghormati dan mengelakkan sebarang provokasi melampau bagi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, manakala hari penamaan calon dan pengundian awal, masing-masing pada 14 dan 24 September ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini