COLOMBO: Presiden baharu Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake mengangkat sumpah jawatan semalam, menjanjikan politik yang bersih ketika negara ini berusaha pulih dari krisis ekonomi terburuknya. Sejurus acara angkat sumpah itu diadakan, beliau yang berfahaman Marxist berikrar untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat yang muak dengan rasuah dan amalan kroni yang telah lama membelenggu negara. “Kita perlu menubuhkan budaya politik bersih yang baharu. Kami akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan kembali penghormatan…










