ISLAMABAD: Puluhan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan cedera dalam pertempuran dengan polis di bandar Garrisun Rawalpindi berhampiran Islamabad, semalam. Pertempuran tercetus selepas anggota Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpin oleh Imran serta penyokongnya berkumpul di Rawalpindi untuk membantah dan menuntut pembebasan segera pemimpin mereka daripada penjara. “Kami mengadakan protes secara aman tetapi polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan anggota kami,” kata Presiden PTI Islamabad, Aamir kepada pemberita. Beliau berkata, berpuluh-puluh…










