KUALA LUMPUR: Lebih 500 penternak ayam kecil di seluruh negara mendakwa mereka ‘ditekan’ syarikat besar yang mengaut keuntungan hingga RM180 juta setiap tahun bagi enam pusingan ternakan ayam. Tekanan syarikat-syarikat besar tersebut seperti menjadikan penternak kecil bagai ATM (mesin juruwang automatik). Tindakan itu berlaku selepas kerajaan tidak lagi meletakkan harga lantai ayam di ladang. Kumpulan itu didakwa mengawal harga ayam di ladang mengikut kehendak mereka menyebabkan penternak kecil menanggung kerugian.…










