Pas sasar menang 60 kerusi Parlimen PRU16

Pas sasar menang 60 kerusi Parlimen PRU16

Sudah menjadi tradisi Pas, jawatan Presiden parti tidak dipertandingkan. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Jawatankuasa Pilihan Raya Pas Pusat menetapkan 60 kerusi Parlimen untuk dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap ahli dan pimpinan parti tersebut perlu mengambil perkara itu sebagai cabaran buat mereka.

“Kita ambil ini sebagai cabaran, semua perlu bersedia mengekalkan kemenangan sedia ada dan tambah sasaran kemenangan kepada beberapa kerusi. Bukan mudah nak capai sasaran tetapi tidak mustahil,” ujarnya ketika berucap pada sesi penangguhan Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Pas mengarahkan ahli dan pemimpin peringkat negeri melaksanakan 11 agenda bertindak untuk meneliti persempadanan dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang PRU16 akan datang.

Jelasnya, Pas Pusat melaksanakan pemukiman pada Januari lalu dan melihat keperluan pelaksanaan 11 agenda itu bagi memastikan misi menang 60 kerusi Parlimen dapat direalisasikan.

“Kita tahu tahun 2026 ialah tempoh persempadanan baharu pilihan raya, (pimpinan) negeri-negeri tidak boleh menunggu, kena ada usaha meneliti persempadanan yang dibuat SPR.

“Ada negeri sangat tidak patut (dilakukan) persempadanan, sebagai contoh Pekan (Pahang) yang ada empat DUN dalam satu Parlimen, sampai Kem Batu 9 yang hanya 15 kilometer (km) masuk dalam Parlimen,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, proses kajian persempadanan semula SPR di Semenanjung akan bermula pada 2026.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dilaporkan berkata, suruhanjaya itu akan melaksanakan kajian dalam tempoh dua tahun sebelum satu laporan yang mengandungi penemuan-penemuan SPR dikemukakan kepada Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN