Op Khazanah: Polis tahan lelaki, rampas pelbagai haiwan serta senjata api - Utusan Malaysia

Op Khazanah: Polis tahan lelaki, rampas pelbagai haiwan serta senjata api

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dan merampas haiwan, gading gajah dan senjata api dalam Op Bersepadu Khazanah di Taman Gasing Indah, di sini, 10 September lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam(JKDNKA) , Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, dalam usaha membendung aktiviti pemburuan haram dan penyimpanan terbitan hidupan liar Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) JKDNKA dengan kerjasama pihak Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan telah ditahan selain merampas seekor kura-kura Pig-Nosed Tortoise, gading gajah, lima unit sangkar burung, senapang angin, dua pucuk pistol angin dan satu bekas pellet.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM269,720 dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api dan Akta Pemuliharaan hidupan liar 2010 (akta 716).

“Secara keseluruhan, bagi tempoh 1 Januari sehingga semalam sebanyak 134 serbuan berjaya dilancarkan di seluruh negara dan seramai 383 orang berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Ia melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar dan operasi e-waste dengan nilai rampasan RM418.2 juta,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya