Mayat ratu cantik dikerat, dikisar suami

Mayat ratu cantik dikerat, dikisar suami

BEBERAPA bahagian tubuh Joksimovic dihancurkan menggukan pengisar tangan sebelum dilarutlan dalam bahan kimia.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BASEL: Seorang bekas finalis Miss Switzerland didakwa telah dibunuh dengan kejam oleh suaminya apabila dicekik, dikerat dan bahagian tubuhnya dihancurkan dengan pengisar.

Pendedahan itu dibuat berdasarkan laporan bedah siasat terhadap mayat jurulatih peragaan Kristina Joksimovic, 38, yang ditemukan di rumahnya berhampiran Basel, Switzerland, pada bulan Februari.

Suaminya, Thomas, 41, kini dibicarakan atas dakwaan membunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media tempatan Switzerland, FM1 Today melaporkan, menurut laporan bedah siasat, mayat Joksimovic dipotong-potong di bilik dobi menggunakan gergaji elektrik, pisau dan gunting.

“Beberapa bahagian tubuh mangsa kemudian dihancurkan menggunakan pengisar tangan sebelum dilarutkan di dalam bahan kimia”, jelas laporan tersebut.

Akhbar tempatan, BZ Basel melaporkan, Thomas mendakwa beliau terpaksa mempertahankan diri selepas Joksimovic menyerangnya dengan pisau dan beliau memotong tubuh mangsa di bilik dobi dalam keadaan panik.

Permohonan tertuduh untuk dibebaskan dari tahanan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan selepas beliau dilaporkan mengaku membunuh isterinya yang juga pemenang Miss Northwest Switzerland 2007.

Menurut FM1 Today, laporan forensik menunjukkan Joksimovic mati akibat dicekik.

Pendakwa raya memberitahu, Thomas kurang menunjukkan empati selain berkelakuan dingin selepas membunuh isterinya.

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN