KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina Wan Hassan, 44, iaitu Athalia Deena Buswani mengakui terkejut apabila mendapati ibunya tiba-tiba berada dalam keadaan lemah dan tidak bergerak semasa berada di kediaman mereka, Isnin lalu. Menurut Athalia Deena, dia tidak pernah mengesyaki ibunya mempunyai sebarang penyakit yang serius memandangkan sebelum kejadian jatuh pengsan, ibunya berada dalam keadaan sihat. “Pagi sebelum dia jatuh pengsan, mama elok sahaja berjoging, langsung tak menunjukkan dirinya…










