SERDANG: Menjelang dua hari terakhir Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, pengunjung tidak melepaskan peluang hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti dan pameran yang diadakan. Ahmad Faizal, 45, berkata, ini adalah kali kedua dia dan keluarga berkunjung ke MAHA untuk membawa anak-anak menikmati pameran yang disediakan. “Ini adalah peluang terbaik untuk bawa anak-anak bercuti. Memandangkan tengah cuti sekolah, anak-anak juga seronok datang ke sini sebab banyak tempat menarik.…










