KPN nafi penghuni rumah amal tidak dibenarkan solat - Utusan Malaysia

KPN nafi penghuni rumah amal tidak dibenarkan solat

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis menafikan dakwaan penghuni rumah amal di bawah syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISB)  yang diselamatkan dan ditempatkan di tempat perlindungan tidak dibenarkan solat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka dibenarkan menunaikan ibadat itu secara bergilir dan dikawal ketat polis atas faktor keselamatan.

“Mana ada kita (polis) tidak bagi solat, kita bagi saja malah mereka yang ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini ada masjid bersebelahan.

“Cuma kita mahu keselamatan mereka ini terjaga dan mereka boleh solat di mana-mana,” katanya.

Razarudin berkata demikian selepas mengulas mengenai rakaman video tular di media sosial yang mana seorang individu dipercayai daripada GISBH mendakwa mangsa dalam tahanan polis tidak dibenarkan solat kerana darurat.

Ditanya mengenai dakwaan polis lewat mengambil tindakan ke atas laporan berkaitan salah laku GISBH, Razarudin berkata, siasatan sudah dijalankan pihaknya sejak 2011.

Bagaimanapun, penahanan dibuat selepas pihaknya mempunyai petunjuk jelas yang membolehkan tindakan siasatan lanjut dibuat.

Malah, katanya, tindakan pihak tertentu yang mendakwa polis seakan memberi kebenaran kepada aktiviti tidak bermoral dilakukan GISBH berikutan terdapat bekas pegawai kanan polis membuat lawatan di salah sebuah rumah kebajikan berkenaan juga tidak benar.

“Siasatan dilakukan secara rahsia oleh pasukan khas PDRM, malah pegawai lain yang tidak terbabit tidak mengetahui mengenai siasatan dilakukan.

“Tidak semestinya kita melawat itu kita beri ‘greenlight’, saya sendiri pernah bergambar dan itu tidak bermakna saya sokong.

“Siasatan kita adalah bagi menentukan tiada penganiayaan dan tidak menyimpang daripada ajaran sepatutnya tetapi jika itu berlaku polis tidak teragak-agak mengambil tindakan,” jelasnya.

Razarudin menegaskan, masyarakat diminta tidak menyalah anggap dan sudah semestinya PDRM sedang mengambil tindakan siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya