KPDN Kelantan rampas set karaoke

KPDN Kelantan rampas peralatan karaoke

ANGGOTA KPDN Kelantan semasa menyerbu sebuah premis hiburan di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan.-IHSAN KPDN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita pelbagai peralatan karaoke selepas menyerbu sebuah premis hiburan di Jalan Kebun Sultan, di sini malam tadi.

Serbuan pukul 9 malam itu dilakukan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor selepas menerima aduan daripada wakil pemilik hak cipta berkait pelanggaran penggunaan karya hak cipta bagi tujuan aktiviti perniagaan.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan set karaoke yang mengandungi salinan langgaran karya rakaman filem, bunyi dan lagu yang digunakan bagi tujuan perniagaan.

Meurutnya, susulan itu KPDN Kelantan telah menyita peralatan karaoke berjumlah RM11,800 untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)  (d) Akta Hak Cipta 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, rampasan itu dilakukan hasil intipan selama seminggu oleh KPDN Kelantan.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis tersebut sudah beroperasi selama enam bulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN