KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis menyerbu beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat, malam tadi. “Ya, saya sahkan, tetapi sidang akhbar akan dibuat di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang,” katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. Difahamkan, serbuan dijalankan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Serbuan dibuat beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Selangor selain di lokasi lain masih giat dilakukan. Turut difahamkan, sejumlah kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa eksploitasi diselamatkan pihak polis. Kanak-kanak yang diselamatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya