Kerajaan komited utamakan keselamatan penerbangan - Utusan Malaysia

Kerajaan komited utamakan keselamatan penerbangan

HASBI-HABIBOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) komited meneruskan usaha dalam mengutamakan keselamatan bagi sektor penerbangan.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, keupayaan akan dibangunkan untuk meningkatkan sekuriti dan kapasiti bagi berdepan cabaran serantau yang kian meningkat.

Katanya, ia termasuk menjalankan pengawasan dan pengurusan keselamatan, perkongsian maklumat keselamatan dan memupuk budaya keselamatan yang positif.

“Kita akan terus berusaha dan bekerjasama dalam mengekalkan keselamatan dan sekuriti penerbangan sebagai keutamaan.

“Kita juga akan menyumbang dan membantu dalam latihan keselamatan, program pengawasan keselamatan dan aktiviti perkongsian pengetahuan,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia 2024 (MASS’24) di sini, hari ini.

Pada tahun ini, seminar tersebut membawakan tema Menavigasi Keselamatan untuk Esok: Penerbangan Menuju Kelestarian dan Ketahanan selari dengan transformasi yang dialami industri itu sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, Malaysia juga melancarkan Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sektor Penerbangan Malaysia (MADB) untuk memajukan ekonomi hijau.

“MADB bertujuan mencapai matlamat aspirasi jangka panjang Malaysia bagi mencapai pelepasan sifar bersih untuk penerbangan antarabangsa menjelang 2050. 

“Ini akan membangunkan kelebihan kompetitif Malaysia untuk menjadi hab penerbangan mampan merangkumi penambahbaikan teknologi pesawat, penambahbaikan operasi, bahan bakar penerbangan mampan (SAF) dan langkah berasaskan pasaran (MBM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya