GEORGE TOWN: Keluarga kepada Rohani Babu, 63, menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai warga emas itu yang hilang sejak hampir empat bulan lalu. Rohani yang turut dikenali sebagai Mak Ndak dilihat kali terakhir berada di rumahnya di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini pada 9 Jun lalu. Menurut sepupunya, Syamsiah Ibrahim, 39, dia tidak pernah berputus asa mencari Mak Ndak kerana bimbangkan keselamatan wanita berkenaan memandangkan warga…










