BEIRUT: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) semalam melancarkan serangan terhadap beberapa lokasi didakwa gudang senjata kumpulan Hezbollah di Lubnan, menyebabkan empat cedera termasuk tiga kanak-kanak. Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, salah satu serangan iaitu di kawasan pinggir bandar Al-Kawakh, wilayah Baalbek-Hermel mencederakan empat orang termasuk tiga kanak-kanak. “Semua yang cedera memerlukan rawatan di hospital,” jelas kementerian itu seperti laporan CNN. Agensi berita Lubnan, NNA melaporkan, serangan lain mengenai premis yang tidak berpenghuni…