BEIRUT: Pesawat perang Israel melakukan serangan udara pada beberapa sasaran kumpulan Hezbollah di selatan Lubnan, semalam.
Tentera Israel dalam kenyataan hari ini berkata, pasukannya menyerang sebuah bangunan di kawasan Majdal Selm dan mendakwa beberapa anggota Hezbollah berada di dalamnya.
Menurut kenyataan, pesawat pejuang Israel juga menyerang beberapa bangunan Hezbollah di bandar Odaisseh, Markaba, Maroun al-Ras dan Chihine.
Pasukannya mendakwa, senjata artileri Israel menembak beberapa kawasan di selatan Lubnan, namun tidak memberikan butiran lanjut.
Setakat ini, kumpulan Hezbollah masih belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tentera Israel.
Semalam, sekurang-kurangnya sembilan termasuk seorang kanak-kanak maut dalam letupan peranti komunikasi alat kelui di kawasan seluruh Lubnan.
Hezbollah mengesahkan sekurang-kurangnya dua anggota kumpulan itu terbunuh dan ramai yang cedera dalam letupan, yang dianggap didalangi oleh Israel.- ANADOLU










