Ejen caj RM13,000 untuk kertas kerja SejaTi Madani?

Ejen caj RM13,000 untuk kertas kerja SejaTi Madani?

FATHUL Bari Mat Jahya (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan sewaktu Program Kembara Merdeka Madani Parlimen Kangar, Perlis. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dikenakan caj sehingga RM13,000 bagi penyediaan kertas kerja untuk permohonan peruntukan di bawah Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani)?

Itu dilakukan oleh ejen-ejen tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada program bantuan kerajaan yang dilancarkan pada 25 Mac lepas bertujuan me­ngupayakan komuniti mela­lui aktiviti peningkatan sosio­ekonomi.

Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan menggesa Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) segera menyiasat perkara tersebut.

Difahamkan, kewujudan ejen-ejen tidak bertanggungjawab itu mengenakan caj tidak munasabah kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi penyediaan kertas kerja untuk permohonan peruntukan ber­kenaan.

Katanya, selain penyediaan kertas kerja, bayaran caj itu juga didakwa bagi memastikan peruntukan dapat diluluskan dan disalurkan dengan cepat kepada pemohon.

“Saya mendapat maklumat ini dan saya mohon ICU negeri dan pusat menyiasat perkara ini di mana ejen-ejen dikatakan mengenakan caj tidak masuk akal sehingga RM13,000 bagi penyediaan kertas kerja dan kelulusan permohonan SejaTi Madani sebanyak RM100,000.

“Kalau setakat upah RM100 ke RM200 bagi penyediaan kertas kerja itu kepada ejen terlibat, ia masih boleh di­terima namun dengan jumlah RM13,000, adalah sangat tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Lima sektor menjadi tumpuan dalam program SejaTi Madani adalah meliputi pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN