KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mendapat penangguhan perintah untuk pindah milik tanah seluas 106.542 hektar di Jalan Duta (kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Halim) kepada Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik asal lokasi itu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh membenarkan permohonan kerajaan yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan atas alasan kepentingan awam. “Tanah terlibat yang dikenali sebagai Duta Enclave melibatkan 106.542 hektar tanah yang…










