KINSHASA: Republik Demokratik Congo menerima kumpulan pertama vaksin Mpox hari ini, yang diharapkan pihak berkuasa kesihatan dapat membantu membendung penularan wabak. Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan Kesatuan Eropah (EU) itu tiba di ibu negara Kinshasa, sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan), lapor Reuters. Ketua Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Respons Kecemasan Kesihatan EU (HERA), Laurent Muschel berkata, penghantaran pertama hari ini melibatkan 99,000 dos vaksin.…










