Boeing tawar kenaikan gaji 25 peratus, elak pekerja mogok

Boeing tawar kenaikan gaji 25 peratus, elak pekerja mogok

PESAWAT Boeing 737 MAX dipasang di Kilang Boeing Renton di Renton, Washington.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEATTLE: Pengeluar pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing (Boeing) menawarkan kenaikan gaji sebanyak 25 peratus kepada kakitangannya melalui kontrak selama empat tahun, dalam usaha mengelakkan mogok yang berpotensi menjejaskan syarikat itu.

Ketua-ketua kesatuan yang mewakili lebih 30,000 pekerja, menggesa kakitangan bersetuju dengan cadangan yang disifatkan tawaran terbaik pernah mereka terima.

Jika diluluskan, perjanjian itu akan menjadi pencapaian penting bagi Ketua Eksekutif baharu, Kelly Ortberg, yang menghadapi tekanan untuk menyelesaikan isu-isu kualiti dan reputasi syarikat.

Kakitangan Boeing di Seattle dan Portland dijangka mengundi sama ada untuk menerima atau menolak cadangan berkenaan pada Khamis ini.

Dalam mesej video kepada kakitangan Boeing, Ketua Pegawai Operasi syarikat aeroangkasa gergasi itu, Stephanie Pope menggambarkan cadangan tersebut sebagai tawaran bersejarah.

Jika diterima oleh ahli kesatuan, ia akan menjadi perjanjian pertama seumpamanya antara syarikat dan kesatuan dalam tempoh 16 tahun.

Walaupun perjanjian sementara itu tidak mencapai sasaran awal untuk kenaikan gaji sebanyak 40 peratus, perunding yang mewakili kesatuan masih menasihati ahli untuk menerimanya.

“Ini adalah tawaran terbaik yang pernah kami rundingkan dalam sejarah,” jelas satu kenyataan daripada Persatuan Antarabangsa Juruteknik dan Pekerja Aeroangkasa (IAM).

Selain kenaikan gaji, perjanjian itu turut menawarkan manfaat penjagaan kesihatan dan persaraan yang ditambah baik kepada pekerja.

Ia juga memberikan ahli kesatuan lebih banyak suara dalam isu keselamatan dan kualiti.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×