RANTAU PANJANG: Ribuan rakyat Malaysia sanggup bersesak lebih tiga jam semata-mata mahu melancong ke Thailand sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan di sini kelmarin. Tinjuan Utusan Malaysia di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini mendapati orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 7 pagi. Selain itu, tinjuan turut mendapati berlaku kesesakan lalu lintas hampir dua kilometer menuju masuk ke ICQS Rantau Panjang. Mohd. Luqman Rashid,…










