PETALING JAYA: Pelakon, Bella Astillah menafikan dakwaan kononnya dia sengaja ‘mencaras’ tawaran berlakon yang sepatutnya diberikan kepada artis lain. Menurut Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia mengakui terkejut mendengar khabar angin itu selain menegaskan pembabitannya dalam drama Satu Hari Nanti adalah tawaran daripada pihak produksi, Mache All Star United. “Saya tidak tahu mengenai perkara itu. Pihak penerbit pernah maklumkan pilihan watak utama cerita ini iaitu Marisa adalah…










