AS nafi dakwaan CIA rancang bunuh Presiden Venezuela

AS nafi dakwaan CIA rancang bunuh Presiden Venezuela

NICOLAS MADURO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menolak dakwaan Venezuela bahawa Agensi Risikan Pusat (CIA) merancang untuk membunuh Presiden Nicolas Maduro dan pegawai tertinggi lain.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Venezuela, Diosdado Cabello memaklumkan tiga warga AS, dua rakyat Sepanyol dan seorang warga Czech ditangkap kerana disyaki merancang untuk menggugat kestabilan negara.

Beliau menyifatkan kesemua mereka sebagai ‘askar upahan’ dan merampas beratus-ratus senjata, selain menuduh CIA mengetuai operasi tersebut.

AS menafikan tuduhan itu dan menyifatkan dakwaan tersebut palsu, terutama selepas Washington mengenakan sekatan terhadap 16 pegawai kanan kerajaan Venezuela.

Jurucakap Jabatan Negara berkata, seorang anggota tentera AS sedang ditahan dan menyatakan terdapat laporan yang belum disahkan mengenai dua lagi warga AS yang ditangkap di Venezuela.

Cabello kemudian mendakwa tahanan menghubungan askar upahan Perancis dari Eropah Timur dan terlibat dalam operasi untuk cuba menyerang Venezuela.

Beliau berkata, lebih 400 senjata dirampas dan menuduh tahanan merancang tindakan keganasan.

Kerajaan Venezuela turut mendakwa warga Sepanyol yang ditahan mempunyai kaitan dengan Pusat Perisikan Kebangsaan (CNI) Madrid.

Namun, sumber kerajaan Sepanyol memberitahu media tempatan kedua-dua individu itu bukan daripada organisasi perisikan tersebut.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×