PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang ke-42 tahun, hari ini.
Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kebahagiaan yang dikurniakan hasil perkahwinan selama lebih empat dekad.
“Saya dan Raja Zarith Sofiah telah mengharungi banyak pengalaman pahit dan manis bersama-sama.
“Kami diberkati dengan enam cahaya mata dan enam cucunda yang melengkapkan keluarga kami dan berharap akan bertambah lagi pada masa akan datang,” titah Seri Paduka Baginda.
Perkongsian itu dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook milik Sultan Ibrahim.