ISKANDAR PUTERI: Lebih 650,000 warga tempatan dan luar negara mengunjungi Festival Majestic Johor 2024 di Puteri Harbour di sini yang berakhir kelmarin. Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, jumlah itu jauh melebihi sasaran awal, iaitu 600,000 orang. Kata beliau, pameran selama lima hari bermula 28 Ogos lalu adalah acara tahunan bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan. “Daripada jumlah itu, kami dapati lebih 220,000 orang mengunjungi Pameran Kereta Klasik Diraja…










