MACHANG: Sebanyak 40 ekor beruk mempamerkan ketangkasan masing-masing pada pertandingan memetik buah kepala di Gelanggang Seni Kampung Kemunchup, di sini semalam. Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mukim Kemunchup, Mohd. Nawai Shayal berkata, menerusi pertandingan itu beruk-beruk terlibat perlu memperagakan ketangkasan memulas kelapa yang digantung pada palang. “Selain itu, pertandingan ini turut menyaksikan ketekunan pemilik beruk dalam industri pertanian iaitu membekalkan kelapa selain mengasuh mamalia tersebut menjadi…