ARAU: Banjir melanda Perlis dan Kedah yang menyaksikan kawasan sawah seluas lebih 5,000 hektar di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terjejas dijangka bakal menyebabkan anggaran 35,000 tan metrik padi rosak dengan kerugian boleh mencecah sehingga RM65 juta. Pengarah Dibuk Sdn. Bhd., Ezreen Muhaizi Marzukhi berkata, anggaran jumlah kerugian tersebut berdasarkan harga padi semasa RM2,300 per tan metrik termasuk subsidi termasuk selepas ditolak potongan untuk berat bersih. Katanya, banjir…










