18 juta orang Melayu perlu sokong penerbitan Utusan Malaysia

18 juta orang Melayu perlu sokong penerbitan Utusan Malaysia

Prof Datuk Dr Aripin Said.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Orang Melayu hampir 18 juta daripada penduduk Malaysia berjumah 34 juta perlu bangkit menyokong penerbitan semula Utusan Malaysia kerana ia bagaikan ‘menyuluh fikiran bangsa dan nusa’.

Tokoh Budaya Orang Hidup Kebangsaan, Datuk Dr. Aripin Said berkata, survival akhbar Utusan Malaysia perlu diteruskan dan dikekalkan sehingga 100 tahun lagi setelah bermula pada 1967 sempena sambutan 10 tahun Merdeka.

“Utusan Melayu yang dahulunya bertulisan Jawi menginjak usia 85 tahun dan berperanan sebagai wadah pemikiran bangsa penyebar fikiran untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Pada 2 September lalu, muka hadapan Utusan Malaysia adalah hampir sama dengan susun atur dan rekaan termasuk “mast head” ketika akhbar ini dilancarkan pada 1 September 1967.

Ini adalah rupa akhbar Utusan Malaysia ketika ia dilancar lebih lima dekad lalu. Untuk empat edisi Isnin sepanjang September, akhbar ini akan memaparkan muka hadapan dan reka letak seperti mana setiap dekad terdahulu bagi mengimbau sejarah penubuhannya dan pe­ranannya kepada sejarah negara.

Aripin yang juga bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, jika bukan orang Melayu termasuk pimpinan parti-parti politik yang menyokong akhbar Utusan Malaysia siapa lagi.

“Persoalannya adalah tangis mereka kehilangan Utusan Malaysia dahulu hanya tangisan palsu semata-mata tanpa jiwa kerana Utusan Malaysia dan Kosmo! kelihatan sukar untuk kembali subur,” katanya.

Beliau berkata, dalam dunia yang semakin berkembang pesat termasuk membabitkan teknologi komunikasi dan maklumat semua pihak tidak boleh menolak segala maklumat menerusi media sosial.

“Apa membezakannya paparan akhbar beritanya disaring, disunting dan dipersembahkan secara berdisiplin serta mematuhi piawaian penulisan.

“Golongan muda masih meminati akhbar namun persembahan pemberita harus mematuhi tatacara penulisan,’ kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN