PADANG TERAP: Fenomena cuaca panas dan kemarau yang berlarutan dalam tempoh panjang mungkin meresahkan bagi kebanyakan pihak kerana dibimbangi boleh mencetuskan krisis bekalan air. Namun, bagi sebahagian penduduk di daerah ini, meskipun turut khuatir dengan keadaan itu, dari satu sudut lain mereka ‘bersyukur’ kerana fenomena tersebut memberi peluang untuk menziarahi kubur lama yang menempatkan arwah nenek moyang masing-masing. Ini kerana tanah perkuburan berusia ratusan tahun yang masih memiliki batu nisan…










