PETALING JAYA: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan swasta, City University Malaysia (CityU) menerusi program Sahabat Zakat City U. Pengerusi Tabung Amanah Zakat CityU, Profesor Madya Dr. Rosnizah Shaari dalam satu kenyataan berkata, program tersebut sekaligus dapat menggalakkan golongan pensyarah dan keluarga pelajar bagi mengeluarkan zakat. Selain itu katanya, program tersebut juga dapat membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dan asnaf melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. “Program…










