GUA MUSANG: Sebuah kubur seorang wanita sarat mengandung mati dibunuh komunis kira-kira 81 tahun lalu yang terletak di dalam Masjid Razaleigh di Bandar Lama di sini, perlu diwartakan sebagai lokasi bersejarah. Kubur yang berada di tengah-tengah masjid itu tersemadi jasad seorang wanita sarat mengandung, Nik Mah Nik Soh berusia dalam lingkungan 20-an yang mati dibunuh kejam oleh komunis pada 1943. Waris yang juga anak saudara Nik Mah, Nik Hassan Nik…