SEREMBAN: Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM178,700 selepas terpedaya dengan penipuan menerusi panggilan telefon pada 25 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, semalam kaunter aduan Balai Polis Nilai menerima aduan dari seorang wanita berusia 60-an yang menyatakan telah dihubungi suspek yang mengaku dari pihak Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru. Kata beliau, suspek…










