Utamakan perumahan rakyat - Anwar

Utamakan perumahan rakyat – Anwar

ANWAR Ibrahim bertanyakan sesuatu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group Berhad, Yeoh Chee Beng tentang projek Residensi Suria Madani di Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menyelar sikap sesetengah pihak yang membantah pembinaan projek perumahan rakyat bagi kumpulan B40 dan M40 yang merupakan golongan majoriti khususnya di ibu negara. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pembangunan di kawasan mewah, namun kepentingan majoriti rakyat tidak boleh diabaikan. 

“Kehebatan mana-mana kota tidak hanya ditandai oleh mercu tanda yang hebat atau bangunan pencakar langit tetapi juga keselesaan kepada rakyat. 

“Tiap kali kita buat perumahan rakyat, ada saja bantahan. Termasuk Taman Desa ini, kawan-kawan saya ada teks (mesej), dia kata ganggu, macam mana dengan kebersihan. 

“Ada kawasan-kawasan mewah yang nak dibangunkan, jangan kita halang. Itu bukan masalah, saya tidak anjurkan perseteruan mana-mana kumpulan. 

“Tetapi jangan sekali-kali abaikan kepentingan majoriti rakyat. Sebab itu saya tekankan tentang Rumah Madani dan beri tumpuan serta perhatian,” katanya dalam majlis pecah tanah Resi densi Suria Madani membabitkan sebanyak 800 unit yang akan dibina oleh Mah Sing Group Berhad.

Projek di atas tanah berke luasan 0.99 hektar itu membabitkan pembinaan dua blok berkeluasan 800 kaki persegi yang akan dijual pada harga RM200,000. 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kehebatan sesebuah bandar bergantung kepada keupayaan kerajaan melindungi kepentingan rakyat secara keseluruhan tanpa mengira taraf dan status ekonomi mereka. 

“Tidak boleh bangunkan kota yang memisahkan (golongan kaya dan miskin). Dulu saya tahu orang bangga, KL (Kuala Lumpur) ada Twin Tower (Menara Berkembar Petronas), tak ada masalah kalau ada wang, (boleh) buat. 

“Tetapi bagaimana puluhan ribu (rakyat) yang tak ada rumah, kawasan sesak, bagaimana bangunan seperti Seri Perlis ini yang dibangunkan 50 tahun dahulu, satu bilik, satu tandas dan anak enam? 

“Boleh kita biarkan begitu? Hal-hal ini yang harus kita teliti,” ujarnya. 

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengarahkan supaya pembangunan projek perumahan mampu milik di ibu kota disegerakan bagi memenuhi permintaan tinggi khususnya golongan B40 dan M40. 

Beliau berkata, pembangunan itu juga perlu memenuhi kriteria rakyat seperti kemu dahan fasiliti termasuk aspek keselesaan. 

“Kalau lengahkan kelulusan, kos rumah jadi lebih tinggi. Syarikat tidak akan rugi tetapi nak untung. 

“Kos rasuah, kos bank, semua akhirnya akan terbeban kepada pembeli. Negara tidak akan maju, kalau begini rakyat tidak akan terbela,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×