Ukraine tubuh pentadbiran tentera di wilayah Russia

Ukraine tubuh pentadbiran tentera di wilayah Russia

ANGGOTA kerahan Ukraine mengendalikan kenderaan tentera berperisai di wilayah Sumy, berhampiran sempadan dengan Russia, pada 14 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine dilapor menubuhkan sebuah pejabat pentadbiran tentera di wilayah Kursk di barat Russia, dalam satu perkembangan baharu pencerobohan di negara itu, semalam.

Komander tertingginya, Jeneral Oleksandr Syrsky berkata, pejabat tersebut akan melaksanakan undang-undang serta memastikan ketenteraman dan memenuhi keperluan penduduk di kawasan tersebut.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Syrsky dilihat memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky tentang perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Syrsky, tenteranya kini berada 35 kilometer di dalam wilayah Kursk, di mana mereka mengawal 1,150 kilometer persegi kawasan termasuk 82 penempatan.

Menteri Pertahanan Russia, Andrei Belousov mengesahkan, Moscow akan menghantar bantuan tentera untuk melindungi penduduk di kawasan tersebut.

Berikutan pencerobohan itu, pegawai Russia akan melakukan apa juga tindakan bagi melindungi penduduk dan infrastruktur di kawasan yang bersempadan dengan Ukraine.

Langkah-langkah tersebut melibatkan peningkatan pengurusan tentera di wilayah Belgorod, bersebelahan dengan Kursk.

Agensi berita Interfax melaporkan, rancangan itu juga akan dilaksanakan di wilayah Kursk dan Bryansk.

Russia juga telah mengisytiharkan darurat di wilayah Belgorod.

Isnin lalu, sebanyak 11,000 penduduk di daerah Krasnaya Yaruga di Belgorod, terpaksa dipindahkan ekoran konflik berkenaan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN