Tukang tilik didakwa perkosa wanita direman lima hari - Utusan Malaysia

Tukang tilik didakwa perkosa wanita direman lima hari

Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tukang tilik nasib yang ditahan selepas didakwa merogol seorang wanita direman lima hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa pada pukul 1.54 semalam.

Kata beliau, wanita berkenaan didakwa dirogol oleh suspek di Puchong, Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek melalui media sosial yang dipercayai boleh menilik nasib dan membuang nasib yang buruk.

“Sejurus laporan dibuat, suspek berusia 34 tahun ditahan di Puchong, Selangor kira-kira pukul 11.15 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang awam dinasihati tidak menimbulkan spekulasi serta tidak berkongsi berita yang tidak benar mengenai kejadian ini.

Terdahulu, polis mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, seorang wanita mengalami trauma apabila didakwa dirogol dan dipaksa melakukan hubungan seks beberapa kali dengan seorang lelaki yang juga tukang tilik nasib.

Wanita yang dikenali sebagai Linda, 24, berkata, dia pada mulanya terpedaya dengan perkhidmatan ditawarkan lelaki berkenaan menerusi iklan di media sosial bagi mengubah nasib hidupnya.

Dalam pada masa sama, seorang lelaki kerugian RM70,000 selepas diperdaya dan ditipu lelaki sama selepas mengikuti kelas pelaburan kripto yang dianjurkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN