Tukang gunting rambut semarak Bulan Kemerdekaan

Tukang gunting rambut semarak Bulan Kemerdekaan

MUHAMMAD Nasrullah Yahya (baris hadapan, empat dari kanan) bersama tukang gunting rambut dari kedai gunting rambut dan salun, Team C Cut mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Labu, Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seruan untuk semua pihak bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2024 turut di­sambut sekumpulan 40 tukang gunting rambut di daerah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, C Cut Management Services Sdn. Bhd., Muhammad Nasrullah Yahya, 35, berkata, pihaknya tidak ketinggalan untuk me­ngadakan majlis yang melibatkan tukang gunting rambut dari enam cawangan kedai gunting rambut, Team C Cut di daerah ini.

“Sepanjang 14 tahun kami beroperasi, ini adalah sambutan yang julung kali diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, saya yakin kami lah satu satunya kedai salun yang mengadakan majlis sebegini.

“Majlis ini bertujuan me­nyuntik semangat patriotik serta menyemarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kemerdekaan dalam kalangan para pekerja selain memberikan kesedaran betapa pentingnya untuk bersama memelihara kemerdekaan negara yang dikecapi hari ini,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di Labu di sini.

Dia yang merupakan pene­rima Anugerah Usahawan Muda Peringkat ASEAN 2019 memberitahu, pada majlis berkenaan turut dilakukan penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil setiap cawangan.

“Jalur Gemilang ini akan dipasang dan dikibarkan di setiap premis cawangan kami, inilah cara untuk kami sama-sama menyatakan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia dan rasa gembira dapat menyambut Hari Kebangsaan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN