SEREMBAN: Bertujuan bagi meningkatkan integriti selain keberkesanan aktiviti penguatkuasaan, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melancarkan penggunaan kamera badan untuk penguat kuasanya. Sebanyak 12 unit digunakan buat permulaan sekali gus menjadikan MBS merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Negeri Sembilan menggunakan kaedah kamera badan. Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, kamera badan itu mampu merakam video dengan kualiti tinggi dan akan digunakan sepanjang tempoh anggota penguat kuasa bertugas iaitu…