TikTok disaman kerana langgar privasi kanak-kanak

TikTok disaman kerana langgar privasi kanak-kanak

Platform media sosial TikTok
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman baharu terhadap TikTok, menuduh syarikat media sosial itu mengumpul data kanak-kanak secara tidak sah dan gagal bertindak balas apabila ibu bapa cuba memadamkan akaun anak mereka.

Jabatan Kehakiman berkata, amalan firma itu merupakan pencerobohan besar-besaran terhadap privasi kanak-kanak, melanggar undang-undang yang memerlukan syarikat dalam talian mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk mengumpul maklumat bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Pegawai berkata, firma itu dan syarikat induk, ByteDance adalah ‘pesalah berulang’, mencatatkan kes sama yang dibawa pada 2019.

TikTok menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ‘berbangga’ dengan usahanya untuk melindungi kanak-kanak, lapor BBC.

Katanya, ia secara proaktif menghapuskan pengguna di bawah umur dan secara sukarela meletakkan perlindungan seperti had masa skrin dan perlindungan privasi tambahan untuk golongan bawah umur.

“Kami tidak bersetuju dengan dakwaan ini, kebanyakannya berkaitan dengan peristiwa dan amalan masa lalu yang sebenarnya tidak tepat atau sudah ditangani.

“Kami berbangga dengan usaha untuk melindungi kanak-kanak dan akan terus mengemas kini serta memperbaiki platform ini,” kata jurucakap TikTok.

Aduan tersebut meningkatkan tekanan terhadap TikTok dan syarikat induk China, ByteDance, yang sudah pun berdepan dengan AS berhubung undang-undang mengancam untuk mengharamkan syarikat itu dari negara berkenaan.

Dalam pemfailan itu, AS menuduh TikTok melaksanakan kaedah ‘tidak mencukupi’ untuk menyaring akaun yang dibuat oleh kanak-kanak dan menghalang ibu bapa apabila mereka cuba memadamkannya.

Semakan terhadap 1,700 permintaan daripada ibu bapa untuk membatalkan akaun yang dibuat antara tahun 2019 dan 2020 mendapati 30 peratus daripada akaun tersebut masih aktif pada November 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×