Tiga penguat kuasa antara lima direman terima rasuah RM2,500 lepaskan warga asing di KLIA - Utusan Malaysia

Tiga penguat kuasa antara lima direman terima rasuah RM2,500 lepaskan warga asing di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima individu termasuk tiga pegawai sebuah agensi penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit rasuah membabitkan sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.

Perintah reman antara satu hingga lima hari dikeluarkan Majistret S. Arunjothy terhadap empat suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

Menurut sumber, penguat kuasa tersebut disyaki terlibat dengan perbuatan itu sejak 2016 dengan menerima bayaran rasuah RM300 sampai RM2,500 sebagai balasan untuk melepaskan warga asing masuk menggunakan modus operandi counter setting

Kata sumber, turut ditahan reman seorang proksi yang menjadi pemegang aset bagi pihak suspek utama dan seorang isteri kepada suspek utama yang masih belum dikesan 

“Hasil serbuan turut menyita lebih kurang RM200,000 wang tunai dan barangan kemas bernilai RM50,000 selain beberapa kenderaan yang dibeli secara tunai,” katanya di sini.

Sebanyak 14 suspek ditahan SPRM menerusi Op Pump di sekitar Lembah Klang dan dibawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. 

Sembilan daripadanya dilepaskan setelah memberikan keterangan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN