GUA MUSANG: Calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) 17 Ogos lalu meneruskan khidmat di kawasan berkenaan. Beliau berkata, ia melibatkan kerja-kerja parti seperti ziarah penduduk dan sebagainya yang berkait dengan politik. “Rutin harian saya macam biasa dengan meneruskan kerja-kerja parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada PRK Nenggiri Mohd. Rizwadi Ismail tewas kepada calon…










