Tasik cetek, Pulau Orang Utan terjejas

Tasik cetek, Pulau Orang Utan terjejas

KAKITANGAN Yayasan Pulau Orang Utan Tasik Bukit Merah menunjukkan keadaan tasik yang kering akibat cuaca panas. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Orang Utan yang ditempatkan di pulau di tengah Tasik Bukit Merah di sini antara yang terjejas ekoran aras air tasik yang cetek akibat kemarau.

Walau bagaimanapun kakitangan Yayasan Pulau Orang Utan Tasik Bukit Merah masih menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk keperluan 14 ekor Orang Utan di pulau itu menggunakan kayak

Dalam keadaan biasa, semasa air tasik berada pada paras normal, bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk Orang Utan di pulau itu dihantar menggunakan bot.

Namun kebimbangan ialah jika kemarau berterusan dan air tasik terus surut, akan menyebabkan sukar untuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke pulau tersebut.

Doktor veterinar yayasan tersebut, Dr. Muhammad Fahmi Ramli, 27, berkata, aktiviti rekreasi atau lawatan ke pulau itu sudah dihentikan sementara kepada pengunjung sejak 13 Jun lalu disebabkan air tasik surut,

Namun, beliau bersama kakitangan yayasan tetap menghantar bekalan makanan di pulau tersebut menggunakan kayak.

Katanya, berikutan kemarau yang berterusan, pihak yayasan sedang memikirkan langkah yang akan diambil jika air tasik terus surut.

“Kami sedang berbincang bagi mengambil langkah sete­rusnya sekiranya keadaan ini berlarutan sehingga September nanti.

“Walau apa pun, semua ke­per­luan untuk Orang Utan se­perti makanan, bekalan air bersih serta ubat-ubatan tetap akan dihantar ke pulau tersebut menggunakan kayak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN