Tanah runtuh Kerala: Harapan temukan mangsa selamat makin pudar

Tanah runtuh Kerala: Harapan temukan mangsa selamat makin pudar

PASUKAN penyelamat membawa mayat tanah runtuh di Wayanad, di negeri selatan Kerala India, semalam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Harapan untuk menemukan mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di kawasan berbukit di daerah Wayanad di Kerala, India semakin pudar, selepas angka kematian kini mencecah 167 orang.

Hujan lebat berterusan dan paras air sungai yang meningkat menghalang operasi menyelamat, dengan jambatan sementara yang dibina untuk menghubungkan kawasan paling terjejas di Mundakkai hanyut.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata, jabatan cuaca meramalkan hujan lebat lebih kerap dalam tempoh 24 jam akan datang dan menggesa orang ramai untuk berjaga-jaga.

Hujan lebat di Kerala, antara destinasi pelancongan paling popular di India, menyebabkan tanah runtuh di daerah Wayanad kelmarin.

Ia adalah bencana terburuk di negeri itu sejak banjir yang membawa maut pada 2018.

Semalam, pihak berkuasa mengesahkan hampir 1,600 penduduk berjaya diselamatkan dari perkampungan lereng bukit, ladang teh dan buah pelaga.

Pihak itu mengesahkan sekurang-kurangnya 167 orang maut, manakala saluran berita Asianet menganggarkan angka kematian kepada 230 orang.

Lebih 8,000 penduduk dipindahkan di pusat perlindungan di seluruh daerah.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×